Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

Salam TAHUN BARU
Hari ini adalah hari Jumaat terakhir untuk tahun 2011 yang akan berlalu dengan pelbagai kisah dan sejarah. Malam Minggu(Ahad) ini TAHUN 2012 akan disambut pula dengan pelbagai azam dan harapan. Saat persediaan anak-anak kembali atau memulakan sekolah sudah dihujung-hujung dan semakin kelam-kabut bagi yang ramai anak untuk mengatur segala keperluan anak-anak.Yuran sekolah sudah tidak jadi beban lagi,cuma harga pakaian dan peralatan sekolah sahaja yang memaksa segala tabungan dikeluarkan. Itupun kalau ada tabungan.Kalau tiada?..No komen.

Sudah jadi lumrah,malam tahun baru selalunya ditunggu-tunggu dan diraihkan dengan pelbagai acara.Acara yang semakin menjadi kebiasaan ialah acara yang bercahaya.... cahaya bunga api,cahaya lampu jalan,cahaya lampu kenderaan yang bersiap sedia dengan pelbagai jenis sistem bunyian,cahaya wajah remaja-remaja yang berkeliaran menanti detik 12 malam,dan yang semakin menarik ialah CAHAYA KELAB MALAM!..No komen.

Seorang peramal yang hidup lebih kurang 500 tahun dahulu meramalkan akan berlaku suatu bencana pada tahun 2011 Masihi.Suatu bencana yang peramal itu bayangkan suatu kehancuran yang akan menimpah bumi ini dan berlaku dengan amat dasyat sekali.Hari dan bulan berapa tidak pula dinyatakan oleh siperamal itu.Tepat atau tidak ramalan tersebut tiada siapa boleh memastikan kerana ia sekadar ramalan.Kini tinggal beberapa jam lagi 2011 akan dibiar berlalu.BAGAIMANA kalau disaat dunia sibuk menanti detik 12 malam 31.12.2011,tiba-tiba ramalan itu TEPAT ? Saat itu kita di mana dan bagaimana....LU FIKIRLAH SENDIRI!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.